NIOSH & Medivest Cipta Rekod Baharu Malaysia Book of Records

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) bersama Medivest Sdn. Bhd. telah mencipta sejarah apabila Program NIOSH–Medivest Safety Passport mendapat pengiktirafan “Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai “First Safety Passport for Facility Management”.
Sijil pengiktirafan telah disampaikan oleh wakil Malaysia Book of Records, Encik Edwin Yeoh Tiong Chin kepada Ketua Pegawai Eksekutif Medivest, Ts. Abdullah Hashim dan disaksikan oleh Pengerusi NIOSH, Yang Berhormat Chong Chieng Jen.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP), khususnya dalam sektor pengurusan fasiliti penjagaan kesihatan yang memerlukan standard kompetensi yang tersusun dan berimpak tinggi.
YB Chong berkata program tersebut bukan sahaja menetapkan satu penanda aras baharu dalam latihan keselamatan, malah membuktikan bahawa pendekatan berstruktur dan kerjasama strategik mampu memperkukuh amalan KKP secara lebih menyeluruh.
Program hari ini dimulakan dengan dua sesi seminar yang memberi fokus kepada aspek kritikal KKP, iaitu pemahaman undang-undang berkaitan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994, serta isu psikososial di tempat kerja yang semakin mendapat perhatian dalam memastikan kesejahteraan pekerja secara holistik.
Inisiatif ini juga diharapkanjadi penanda aras baharu yang boleh dicontohi oleh pelbagai industri dalam meningkatkan tahap keselamatan, pematuhan serta kesejahteraan pekerja secara menyeluruh.
Program tersebut berlangsung sempena Sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia 2026 Peringkat NIOSH di Menara NIOSH, Bandar Baru Bangi.
Recent News
- Makluman Perubahan Syarat dan Format Peperiksaan Bagi Program Peperiksaan Kompetensi Perundangan
- Notis Makluman Perubahan Jenis Pengeluaran Kad Perakuan Latihan Aesp Dan Aesp-R Daripada Bentuk Fizikal Kepada Digital (E-CARD)
- Makluman Kemaskini Syarat Mengulang Peperiksaan Bagi Program Peperiksaan Kompetensi Perundangan
- Notis Makluman Penggunaan Soalan Baharu Peperiksaan Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS) bermula Sesi Peperiksaan SSS Julai 2025
- Notis Makluman Penggunaan Soalan Baharu Peperiksaan Juruteknik Higien 1 (HT1) bermula Sesi Peperiksaan Jun 2025
